Sabtu, 09 Juni 2018

Mengenal apa itu perkataan Daulat dan dari mana asal kata tersebut?

Perkataan daulat tuankusering kita dengar di Negara - Negara yang mempunyai system beraja.
Antara Negara yang masih kental kerajaan sekarang ini seperti Malaysia, namun kurang ada yang tahu dari manakah kata- - kata itu? disini sedikit penjelasan.


1. Perkataan Daulat sebenarnya berasal daripada perkatan Arab, iaitu `Daulah' yang bererti kerajaan atau negeri. Daulat juga dikaitkan dengan soal kesempurnaan, kebolehan, keistimewaan dan kuasa politik tertinggi seseorang sultan.

2. Ia juga bererti kekuasaan dan kewibawaan seseorang Sultan yang memerintah dan kebahagiaan kepada Sultan yang memerintah.

3. Oleh itu sumber yang mengatakan Daulat itu adalah ‘Dewa Daulat’ atau jin/iblis amat meragukan saya.

4. Daulat bagi Raja ini penting kerana :

i . Sultan mempunyai kuasa dan wibawa untuk memerintah dengan berkesan

ii. Sultan adalah tunggak untuk menyatupadukan rakyat.

iii. Sultan akan mengamankan dan memakmurkan negeri.

iv. Rakyat mengikut dan menjalankan titah Sultan dengan taat setia dan sesiapa yang engkar dianggap menderhaka.

5. Sultan memperkukuhkan ‘Daulat’ melalui beberapa cara, diantaranya melalui penggunaan bahasa .Bahasa yang digunakan oleh Sultan dan kerabat ialah `bahasa dalam' atau ‘bahasa istana’ contohnya : gering, titah, patik, santap, beradu dan sebagainya.

6. Sultan juga mengukuhkan ‘Daulat’ melalui hak istimewa raja. Contohnya melalui penggunaan:-warna dan perhiasan rumah dan perahu.-Payung berwarna putih digunakan untuk raja sahaja-Anak raja dibenar menggunakan payung berwarna kuning-Warna kuning digunakan untuk perhiasan, membuat sapu tangan, tepi tabir, hulasan bantal besar dan tilam."

7. Sultan mengukuhkan daulat dengan penggunaan alat kebesaran raja. Contohnya:- Cop mohor menjadi lambang kuasa raja yang memerintah.- Penggunaan alatan ketur, kipas, kendi dan tepak.- Penggunaan beberapa jenis senjata seperti pedang, keris kerajaan, lembing, tombak berambu.- Penggunaan payung ubur-ubur berwarna kuning.

8. Apa yang saya (penulis blog) nyatakan diatas tentang ‘Daulat’ adalah secara umum dan kebanyakannya telah ditulis orang. Saya ada juga bertanya dan berbincang dengan beberapa orang sahabat tentang “Daulat” Raja ini.


Antara sebutan dan penggunaan kata "Daulat":

a. “ Daulat Tuanku- Hakikatnya ianya satu doa semoga Negara ini terpimpin dengan berkat kepimpinan Tuanku .Asalnya sembahan rakyat di zaman Sriwijaya berbentuk sujud kepada Raja kerana Raja adalah bayangan Tuhan di bumi,diolah, digubah cara sembahan sujud tadi kepada sembahan kini tanpa ada tanda-tanda seperti sembahan terhadap Al-Khaliq seperti sujud dan rukuk.

b. Bila Para Auliya’ menguasai istana para Raja-Raja Melayu dulu, segala adat-adat diraja yang dilarang syarak ditukar kepada adat-adat diraja yang tidak merosakkan akidah”

c. “Daulat dalam bahasa arab ialah Kerajaan, dimelayukan dengan makna ‘Demi Kerajaan Tuanku’”

d. “Hakikat adat melayu berasal dari Hindu-Budha Sriwijaya dan Majapahit… bila para Auliya’ menguasai Raja [ nama Raja ditukar kepada Sultan] , mereka menjadi penasihat-penasihat kesultanan melayu…. Segala adat-adat yang tertolak diganti kepada adat-adat keislaman…. Biar mati anak , jangan mati adat….

e. Pentingnya adat melayu kerana hakikat adat melayu adalah subjek-subjek akhlak dalam Tasawuf, dengan kita beradat memudahkan kita mengamali Tasawuf islam, walaupun kita tidak tahu punca asal budaya [ Budaya= berasal dari gabungan-gabungan kalimah ‘budi’ dan ‘daya’ ] tersebut dipetik. Mafhum hadis : “Sesungguhnya hanya aku diutus untuk memperbaiki akhlak”. Dengan teras hadis inilah para auliya’ menyusun adat melayu”

f. “Sini kita boleh nampak kemasukan fikrah wahhabiah dalam kesultanan kita.

g. Ada orang yang tidak berbangga jadi melayu. Ini adalah 'kebodohan'!

h. Melayu adalah bangsa islam, seperti Israel adalah bangsa agama yahudi, kalau tak berbangga jadi islam… kalimah Melayu berasal dari constitusi antara Merong Mahawangsa dengan Sheikh Abdullah Al-Humairy (murid kepada Sheikh Abdul Qadir Jilani) dalam membentuk ikatan-ikatan bangsa-bangsa yang ada dibawah pemerintahannya.

i. Siapa yang menerima islam Sunnah Aqidahnya,Syafie Feqahnya,Junaidy Tasawufnya maka dia berada dibawah Bangsa Al-Mala’u(yang menguasai pemerintahan)… Bangsa – bangsa yang tidak inginkan Al-Mala’u inilah menjadi Pagan, Jakun, Negrito, Sakai, Dayak dll…”

j. “Ini cara mereka buang kekuatan islam iaitu Sulthan…. Ingat Uthmaniyyah! Siapa pemusnahnya?..”


Jika ada tambahan silakahkan komen..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

DIPERSILAKAN UNTUK MENYALIN DENGAN CATATAN MENYERTAKAN LINK ASAL, UNTUK MENGELAK ARTIKEL ASLI DI SALAH ARTIKAN SELURUH ISI TULISAN DALAM BLOG INI DI LINDUNGI OLEH- "DMCA"
JIKA ADA PERTANYAAN SILA TINGGALKAN KOMENTAR ANDA
TERIMA KASIH